PELANCONGAN

 

 

           Pelancongan juga merupakan salah satu diantara sumber pendapatan kepada Kg Batu Putih kerana selain daripada kedatangan pelancong asing dan dalam dan luar negara, KOPERASI PELANCONG (KOPEL) dan MESCOT itu sendiri banyak memberikan ruang kerjaya, program homestay (Miso walai) kepada anak tempatan di kawasan mukim Batu Putih dan secara am nya daerah Kinabatangan itu sendiri.

 

 

    

Gambar aktiviti Kopel Bhd bersama pemimpin-pemimpin Mukim Batu Putih, kakitangan KOPEL dan juga pelancong dalam dan luar negara

 

 

            Kg Batu Putih terkenal dengan kawasan pelancongan yang dikendalikan oleh KOPEL dan MESCOT. Kawasan Kg Batu Putih ini menjadi kawasan pelancongan yang sangat popular adalah kerana kawasan Kg Batu Putih bukan sahaja hampir kepada tebing sungai Kinabatangan yang menjadi tarikan utama pelancong, malah di kawasan Kg Batu Putih inilah terletaknya salah satu tapak arkeologi terpenting di Malaysia iaitu Muzium Agop Tulug yang merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter daripada pembentukan kapur Labang yang berusia 20 hingga 25 juta tahun dahulu. Agop tulug ini merupakan gua yang memiliki tiga gua utama, Agop Suriba (bawah), Agop Lintanga (tengah) dan juga Agop Sawat (atas) dimana setiap gua-gua ini memiliki keranda-keranda kayu yang unik di ukir berdasarkan motif-motif figura haiwan seperti kerbau, buaya dan lain-lain. Statistik menunjukkan terdapat 125 keranda kayu balak yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-Keranda tersebut di perbuat daripada kayu keras seperti belian dan merbau.

 

 

             

                Gambar Agop Tulug

 

 

 

 

 

       

            

    Gambar keranda yang terdapat di Agop Tulug

 

 

 

 

 

 

Sumber :

 

http://www.mescot.org/about_mescot.htm

https://ms-my.facebook.com/KopelBhd