images3

Kuih penyaram merupakan salah satu kuih tradisi orang sungai yang sangat popular di Kinabatangan. Apabila tibanya musim kenduri kendara, kuih penyaram tidak akan ketinggalan menjadi diantara salah satu kuih yang wajib ada pada majlis tersebut. Kuih penyaram di Kinabatangan berbeza dengan kuih penyaram daerah lain kerana kuih penyaram Kinabatangan mempunyai ramuan yang tersendiri.

4

DURIAN MERAH/MARANG

 

      Durian merah merupakan salah satu diantara buah yang paling termahal di Sabah sekiranya tiba musim durian merah atau pun nama lain dalam bahasa Sungai Marang. Durian merah juga terdiri dari pelbagai jenis seperti durian merah dalit atau marang ini mudah di dapati di sekitar daerah kinabatangan apabila tiba musimnya. Durian merah ini unik dari segi rasanya, ia tawar dan tidak manis seperti durian lain yang biasa terdapat pada musim durian. Disebabkan rasa durian merah ini tawar dan tidak mempunyai bau seperti durian lain, ianya tidak begitu terkenal ditempat lain selain Sabah/borneo.

      Tidak semua tahu keistimewaan isi durian merah. Ianya berlemak dan mempunyai aroma yang tersendiri apabila dimakan terutamanya dimakan bersama nasi panas. Bagi suku kaum Sungai, durian merah merupakan makanan nombor 1 apabila tiba musimnya, mereka akan membeli tidak kira berapa harga sekalipun yang diberikan. Isi durian merah yang telah disiang kemudian di tumis mahupun dibuat tempoyak boleh mencecah hingga RM100 bagi sekilo.

    Durian merah dimasak atau dibuat tempoyak juga berbeza mengikut suku kaum yang terdapat di Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang mengeluarkan hasil durian merah paling tinggi di Sabah. Musim durian adalah musim untuk menambah pendapatan bagi pengusaha durian.

 

imagesdurianDurian merah yang telah dimasak dan sedia untuk disajikan

 

Kinabatangan merupakan daerah yang paling terbesar di Malaysia. Keluasannya sahaja hampir menyamai keluasan negeri Pahang, Penduduk di sekitar daerah Kinabatangan amnya Kg Batu Putih terdiri dari pelbagai kaum. tidak hairan sekiranya kepelbagaian makanan yang terdapat di daerah ini. Adakalanya makanan tersebut telah di olah sesuai selera penduduk tempatan dan ada juga yang masih mengekalkan resepi asal. Malah terdapat juga buah-buahan tempatan hanya terdapat disabah dan di jadikan sebagai makanan tradisi bagi sesuatu suku kaum.

 

Berikut merupakan diantara makanan yang menjadi makanan tradisi penduduk setempat malah ianya telah di komersialkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

13283818191154712895

KAPURUNG

 

    Kapurung merupakan salah satu makanan tempatan yang tidak asing lagi di daerah kinabatangan. Ianya merupakan salah satu makanan popular bagi suku kaum bugis. Penyediaan kapurung juga berbeza dari segi cara dan cita rasa mengikut suku kaum yang membuatnya. Kapurung pada asalnya adalah makanan utama ataupun kegemaran suku kaum Luwu yang berasal dari Palopo Indonesia. Tidak hairanlah sekiranya makanan ini merupakan menu yang sangat popular di kalangan suku kaum bugis Kinabatangan yang juga pada asalnya nenek moyang mereka berasal dari tanah seberang Indonesia. Pada hari ini makanan kapurung ini bukan sahaja menjadi menu kegemaran suku kaum bugis sahaja, malah suku kaum sungai juga yang merupakan suku kaum tempatan bagi daerah Kinabatangan turut menjadikan kapurung ini menu kegemaran mereka.

   Makanan kapurung ini berupa seperti bubur campur, ianya berkuah dan mempunyai isi ikan/ayam,kacang goreng, sayur seperti bayam, kangkung dan sebagainya yang membezakan dengan bubur adalah beras diganti dengan olahan sagu ataupun tepung kanji yang dibentuk bulat-bulat dan di campur sekali dalam satu mangkuk beserta bumbu yang lain.

 

berikut merupakan gambar makanan kapurung yang telah siap dan untuk disajikan

kapurung-khas-palopo  kapurung

*Cara penyediaan kapurung berbeza mengikut suku kaum dan daerah di Sabah.