Maklumat Karnival seperti diatas:
 

Tarikh

: 24 November 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 4.30 petang

Tempat

: Grand Ballroom, Aras 2

  Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

  No. 5 Jalan Stesen Sentral

  50470 Kuala Lumpur

Perasmi

: YBhg. Dato' Mohd Jeffrey bin Joakim

  Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja        

  Semenanjung Malaysia

 
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Puan Norafiza binti Abd. Fattah 03-8886 5144 atau Puan Siti Hawa binti Adam ditalian 03-8886 5145.
 

 

.

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

 KAMPUNG BATU PUTIH

 

PIM 

 

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG BATU PUTIH mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat portal kami. Dengan adanya portal ini, diharap agar komuniti setempat dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi Maklumat masa kini.

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia adalah seperti berikut:

 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

Perkhidamatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia adalah seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WI-FI, Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer, peminjaman netbook, pencetak, program latihan ICT, pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih merupakan salah satu diantara 5 buah PI1M yang terdapat di daerah Kinabatangan dan ianya terletak di Kampung Batu Putih iaitu diantara laluan Sandakan dan Lahad Datu. Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih dibuka pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan hanya akan ditutup pada cuti umum.

 

 perkhidmatan

waktu operasi

 

 petugas2

 

 

LAMAN WEB : http://kgbatuputih.pi1m.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/PI1MKgBatuPutih

 

ALAMAT :

 

Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih

W.D.T 98

Poskod 90200

Kota Kinabatangan

Sandakan, Sabah