Menyediakan kemudahan asas bagi sesebuah tempat adalah amat penting. Kampung Batu Putih juga menyediakan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan-kemudahan ini amat penting bagi memastikan program pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

   Antara kemudahan awam yang disediakan Kampung Batu Putih ialah Dewan Serbaguna yang membolehkan orang ramai mengadakan acara seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian dan lain-lain lagi. Pengangkutan seperti bas awam juga mudah didapati bagi memudahkan orang ramai yang tidak memiliki kenderaan sendiri boleh menaiki kenderaan awam. Pondok Hentian Bas juga turut disediakan bagi memudahkan orang ramai yang hendak menaiki bas awam sebagai pengangkutan ke destinasi yang hendak di tuju. Telefon Awam juga disediakan bagi memudahkan orang ramai menggunakan ketika kecemasan. Selain daripada itu Masjid, Loji Air, Sedco dan lain-lain lagi turut disediakan untuk kemudahan orang kampung.

 

 

 

 

Dewan Serbaguna Kg Batu Putih

 

Logi Air Kg Batu Putih

 

    

Padang Bola Kg Batu Putih                                                  Pondok Hentian Bas

 

 

  

Petronas                                                                           Telefon Awam