"TIDAK PASTI JANGAN KONGSI"

jgn

 

 

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my. Objektif pertandingan ini ialah:

 

  1. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat  mengenai:
  • ·Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya;
  • ·Menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih; dan
  • ·Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.
  1. Menggalakkan penglibat aktif dari komuniti Pusat Internet 1Malaysia

 

untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan kami di pusat internet kg batu putih.

Tajuk : Latihan Keusahawanan ( Cara promosi produk secara online - My shop)

Tarikh : 05/04/2017

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih.

 

 

Akktiviti :

1. Memperkenalkan apa itu My shop

2. Cara Uplod produk dalam aplikasi My shop

3. Bimbing cara promosi produk dengan cara dan kaedah yang betul melalui saluran yang betul.

TAJUK : BENGKEL FOTOGRAFI & SUNTINGAN IMEJ ANJURAN BERSAMA KOPEL SDN BHD

TENAGA PENGAJAR / TUTOR : EN. MOHD FAIJAN BIN MUSTAPAH

TARIKH : 11/MARCH/2017

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG BATU PUTIH

 

Tajuk : Taklimat Dashboard Komuniti & KDB Kerjasama Bersama PBT dan Komuniti Setempat

Tarikh : 26/03/2017

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg Batu Putih.

* Lawatan Mengejut daripada Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, beliau singgah sebentar sebelum meneruskan perjalan untuk menghadiri mesyuarat bersama PIBG    Smk Paris.

 Aktiviti : 

I) Taklimat Klik Dengan Bijak

II) Taklimat Dashboard

III) Sesi Soal Jawap Komuniti dengan PBT

 

Gambar sekitar aktiviti berlangsung

 

 

KDB dan Bengkel Pembikinan/Penyuntingan Video

Tarikh : 24/02/2017

Tempat : Pusat Internet Kg Batu Putih